LOT 25, MEZZANINE FLOOR
BANGUNAN TAKAFUL IKHLAS
NO 14, JLN 19/1
PETALING JAYA
Tel: 03-78011532
Email: persatuan_ikhlas@yahoo.com
Presiden: Hj Amran bin Abd Rahman
H/P: 019-2697800
Setiausaha: Azman bin Taib
H/P: 013-6206264
PENGENALAN
IKHLAS lahir dari singkatan PERSATUAN AGEN
TAKAFUL IKHLAS SE MALAYSIA (IKHLAS
LIFE AGENT ASSOCIATION)
Diluluskan pendaftaran pada 30 NOVEMBER 2005
No. Pendaftaran 1997-05-7
MISI
Menjadi platform kepada semua agen-agen
Takaful Ikhlas untuk berinteraksi dan bersatu padu.
OBJEKTIF
- Untuk menjadikan nilai-nilai dan pengalaman Islam sebagai teras keperibadian agent-agent Takaful Ikhlas Sdn. Bhd.
- Untuk menjaga kebajikan dan kepentingan ahli-ahli dalam Persatuan di dalam industri Takaful.
- Membantu ahli-ahli menyelesaikan apa jua masalah yang timbul berkaitan dengan industri Takaful.
- Membantu Takaful Ikhlas Sdn. Bhd. dengan cara menyampaikan segala pandangan yang baik diterima dari peserta dan orang ramai supaya Takaful Ikhlas Sdn. Bhd. lebih kompetitif.
- Membantu masyarakat Islam dan bukan Islam memahami dan mengamalkan sistem Takaful.
- Melahirkan agen-agen yang profesional dengan menyediakan latihan-latihan dan program-program motivasi.
- Menjadi persatuan yang diiktiraf bagi menyatupadukan agen-agen Takaful Ikhlas Sdn. Bhd.
PROFILE IKHLAS
Nama Persatuan : PERSATUAN AGEN TAKAFUL IKHLAS SE MALAYSIA (IKHLAS LIFE AGENT ASSOCIATION - IKHLAS)
No. Kelulusan Pendaftaran : 1997-05-7
Alamat Pendaftaran : NO 24A, JALAN 4/11, SEKSYEN 4 TAMBAHAN, BANDAR BARU BANGI, 43650 SELANGOR.
Alamat Operasi dan Surat-menyurat : LOT 25, MEZZANINE FLOOR BANGUNANA TAKAFUL IKHLAS, NO. 14 JLN 19/1, PETALING JAYA.
Laman web : http://www.persatuan-agentakaful.blogspot.com
Email : persatuan_ikhlas@yahoo.com
Jumlah Keahlian : 500 ahli.
Terbuka kepada semua wakil-wakil Takaful Keluarga Takaful Ikhlas Sdn. Bhd.
Terdiri daripada:-
- Ahli Biasa
- Ahli Seumur Hidup
- Ahli Bersekutu
YURAN KEAHLIAN
Yuran pendaftaran RM25.00 (sekali sahaja)
Yuran Tahunan adalah seperti berikut :
- Ahli Biasa (individu) RM 25.00
- Ahli Biasa (Syarikat Pemilik Tunggal) RM 55.00
- Ahli Biasa (Syarikat Sdn. Bhd.) RM110.00
- Ahli Seumur Hidup RM250.00
- Ahli Bersekutu (Individu) RM 55.00
- Ahli Bersekutu (Syarikat) RM300.00
- Ahli Yang Berdaftar RM150.00
Kenapa IKHLAS??
- Dipimpin oleh Ahli-Ahli Jawatankuasa yang berpengalaman dari pelbagai bidang.
- Ia merupakan sebuah Persatuan yang bebas dan tidak terikat dengan mana-mana Pertubuhan atau organisasi korporat.
- Sebuah Persatuan yang menggabungkan agen-agen Takaful Ikhlas dari semua negeri di Malaysia.
- Kerana ia akan menjadi platform untuk ahli berinteraksi, menyuarakan pandangan dan memajukan diri untuk masa hadapan.
- Kerana ia juga akan membantu dan memayungi ahli-ahli dalam menangani masalah serta menjaga kebajikan ahli.
1 ulasan:
laman blog untuk info kepada wakil
Catat Ulasan